Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kursus ini berfokus kepada memahami prinsip-prinsip dalam menghasilkan lukisan berasaskan pemahaman dan penguasaan elemen seni dan prinsip rekaan. Tumpuan pembelajaran juga adalah kepada kemahiran membuat pengamatan dan penerokaan yang melibatkan proses penganalisaan terhadap saiz dan kadar banding, ruang dan perspektif, warna dan pencahayaan dalam menghasilkan bentuk karya dua dimensi.
Sebuah bahtera, sarat dengan penumpang telah singgah disebuah 'Pulau Idaman' sebelum melepaskan Penumpang-penumpangnya turun, nakhoda sempat berpesan supaya mencarik sebanyak mungkin bekalan makanan, buah-buahan dan lain-lain.Wah!! Pulau tersebut sememangnya indah. Semuanya seronok dan bebas mengikut kehendak masing-masing. Ada yang mengumpulkan makanan, mengutip batu karang, bunga-bunga bermain pasir dan tidak kurang pula yang hanya duduk memerhatikan keindahan semulajadi…
tiba-tiba sirenpun berbunyi, bahtera akan berangkat bila-bila masa. Semua terkejut dan tergamam, masing-masing telah merasa menyesal kerana masa yang diberi tidak digunakan untuk mencari bekalan, bahkan habis begitu saja dengan sia-sia.Dengan linagan airmata semuanya naik ke bahtera lalu membelah arus dan badai ke samudera luas tidak
bertepi, bagi meneruskan pelayaran yang entah bila akan tamat….Demikianlah hidup ini. Kita sedangsinggah dipulau dunia bagi mengumpulkan sebanyak mungkin buah-
buahan kesolehan, bunga-bunga keimanan, makanan ketakwaan dan seterusnya…….
Bila-bila masa nakhoda Izrail akan menjemput kita. Lalu kita dihadapkan dihadapan Rabbiul Alamin bagi menghitung setiap saat umur, setiap inci langkah, setiap sen wang, setiap butir nasi, setiap teguk air…….Sungguh hairan, bagi perjalanan hidup sebegini jauh. Kita tidak bersedia apa-apa…. Sebuah bahtera, pulau idaman dan samudera.. apakah belum cukup untuk dijadikan renungan?
0 ulasan:
Post a Comment